Wednesday, June 21, 2017

Majlis Berbuka Puasa, Khatam Quran & Sentuhan Kasih

Alhamdulilah selesai sudah majlis khatam al-quran, sentuhan kasih dan berbuka puasa malam tadi di surau an-nur, bss..terima kasih barisan ajk, penyumbang dan para jemaah yang hadir pada malam tadi....aminn

Ahli Jawatankuasa Surau An-Nur, Bandar Sri Sendayan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.

Kami ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada kekasaran bahasa dan pertuturan mahupun tindakan yang tidak menyenangkan sepanjang kami menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti yang diamanahkan.

Terima kasih semua AJK, Penderma2 dan Jemaah Surau An-Nur, BSS sama-sama mengimarahkan surau kita..aminn









No comments:

Post a Comment